iPhone terbaru di Malaysia akhir bulan ini

Friday, July 17, 2009

Maxis Communications Bhd. (Maxis) akan mula menawarkan Apple iPhone 3GS berkelajuan dan berteknologi tinggi di pasaran Malaysia mulai 31 Julai ini.

iPhone kini memasuki evolusi kedua dengan Maxis menjadi antara syarikat terawal di Asia Tenggara untuk memperkenalkan iPhone 3GS kepada pelanggannya.

Maxis dalam kenyataannya di sini berkata, harga bagi iPhone 3G (8 GB) akan diturunkan kepada RM1,990 berbanding RM2,540 sebelum ini.

''Manakala, harga bagi iPhone 3GS (16GB) adalah RM2,490 dan bagi 32 GB adalah RM2,990. Maxis juga menawarkan iPhone 3GS (16 GB) percuma dengan pelan iValue 4.

''Laman web istimewa www.maxis.com.my/iphone3gs telah dilancarkan dan pelanggan boleh melayari laman web tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai iPhone 3GS dan pelan iValue,'' katanya.

Untuk menjadi antara pelanggan yang terawal mendapatkan iPhone 3GS, tempahan boleh dibuat melalui laman web atau Pusat Maxis di seluruh negara serta Rakan Eksklusif Maxis terpilih.

Mereka yang menempah telefon pintar tersebut boleh mendapatkan iPhone 3GS mereka mulai 31 Julai ini.

Pengumuman tambahan Pelan iValue dan tawaran naik taraf akan dibuat tidak lama lagi.

Maklumat lanjut boleh didapati www.maxis.com.my/iphone3gs atau di talian 1800 821 123.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI