Jangan buat spekulasi berhubung kematian Teoh

Friday, July 17, 2009

olis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata semua pihak perlu

menunggu sehingga laporan siasatan selesai dan tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu.

"Pagi ini kita membuat bedah siasat, jadi saya minta tunggu sehingga proses
bedah siasat selesai dijalankan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis
penutupan seminar "Chemical Diversion Investigators" di sini, hari ini.

Beliau berharap beberapa petunjuk berhubung kematian Teoh akan diperoleh
selepas proses bedah siasat dijalankan.

Ismail berkata, siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur perundangan negara dan motif sebenar kejadian akan dapat diketahui selepas siasatan selesai.

Berhubung penggunaan empat orang patologi dalam siasatan kes itu, Ismail
berkata, pihaknya mendapatkan khidmat semua pihak yang boleh membantu dalam
siasatan itu.

"Itu perkara biasa dan kita akan minta bantuan siapa sahaja yang boleh
membantu. Sehingga kini saya belum mendapat sebarang laporan berhubung kejadian itu daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Semalam, Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di

Shah Alam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor selepas kira-kira lapan jam memberi keterangan sebagai saksi SPRM berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Ismail berkata, pihaknya memandang serius jenayah dadah di
negara ini dan seminar yang dianjurkan bersama dengan United States Drug

Enforcement Administration itu diharap dapat memberi pendedahan kepada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami memandang serius dalam pencegahan dadah. Dengan adanya seminar ini,
pegawai PDRM akan dapat mengetahui kepakaran teknik serta proses terbaru
penghasilan dadah," katanya.- BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI