Zaman Kegemilangan Robert Pattinson

Friday, July 17, 2009

Bukan lagi Brad Pitt, Tom Cruise mahupun Orlando Bloom, tetapi harus diakui sekarang adalah zaman kebangkitan Robert Pattinson, 23.

Pattison atau mesra dengan panggilan Rob, sedang mengukir karier yang cukup cemerlang dan gemilang di Hollywood sekarang ini.

Sejak menerajui filem Twilight sebagai pontianak lelaki bernama Edward Cullen, saham Rob naik mendadak malah bayaran untuk mengambil berlakon meningkat hampir tiga kali ganda.

Namun, seperkara yang merimaskan pemuda ini, populariti bukan saja menjejaskan kehidupan peribadinya bahkan tumpuan pada kerja.

Bayangnya, sewaktu menjalani penggambaran filem terbarunya, Remember Me di New York, peminat fanatik terutamanya wanita memekik-mekik nama Rob sehingga dia tidak dapat memberi tumpuan.

Malah, situasi itu turut mengganggu seluruh produksi yang terbabit kerana suara ratusan peminat yang menjerit boleh didengar dalam monitor.

Keadaan itu menyebabkan produser meminta kebenaran dari pihak berkuasa untuk mendirikan tembok setinggi 7 meter di hadapan AIG Building bagi menghalang peminat melihat Rob sepanjang penggambaran dilakukan.

"Di sebalik tembok itu, pasti ramai yang menunggu saya kerana mereka tahu kami akan menjalani penggambaran di sini untuk beberapa hari.

"Terus-terang, saya simpati sebenarnya dengan peminat tetapi tidak boleh berbuat apa kerana tindakan mereka kadang-kadang di luar kawalan," katanya.

Dalam sibuk menjalani penggambaran filem itu, Rob yang beraksi seksi untuk muka depan US Weekly edisi Julai, khabarnya sempat keluar berhibur dengan Kristen Stewart, yang dikenali sewaktu sama-sama membintangi filem Twilight pada 2007.

Walaupun media Barat mempercayai pasangan ini sememangnya bercinta, Rob dan Kristen tidak pernah membuat sebarang pengumuman. Apatah lagi Kristen di dalam persimpangan antara memilih Rob mahupun teman lelaki, Michael Angarano.

Petanda menunjukkan Rob mempunyai peluang cerah, kerana mutakhir ini mereka sering dilihat bersama malah, Kristen dikatakan sedang mengandung anaknya.

Berita tergempar itu, membuatkan ramai peminat Rob membenci Kristen yang dituduh bermain kayu tiga dan cuba mempermainkan perasaan aktor kesayangan mereka itu.

Sementara teman lelaki pelakon yang baru saja mencecah 19 tahu itu, pula terus bersabar dan membuat Kristen tambah serba-salah menyingkirkan Angarano dari hidupnya.

Tekanan yang menimpa Kristen membuatkan Rob membuat kenyataan kepada pada media Barat sekali gus memberi nasihat kepada peminatnya supaya tidak terus menghukum pasangan heroinnya itu.

Fenomena yang di cetuskan Rob ketika ini bukanlah sesuatu yang pelik malah diakui teman seperjuangan sewaktu membintangi filem Harry Porter tidak lama dulu, Emma Watson, dia langsung tidak terkejut dengan populariti mendadak sahabatnya itu.

Emma menerusi temubual bersama MTV tidak lama dulu berkata, Rob memang seorang aktor yang hebat tetapi apa yang mengejutkan dia tidak sangka Rob mampu mempersembahkan lakonan luar biasa yang membawa penghayatan berbeza dalam Twilight.

"Dia sentiasa bijak, baik, berbakat dan memiliki wajah sangat tampan. Pendek kata, dia punya segala yang diinginkan," kata Emma.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI