Album Dia.....Misha Omar

Saturday, March 05, 2011

Khas buat pencinta Misha Omar, sembilan tahun perjalanan bersama kalian terlalu indah. Setiap momen itu membuat saya tersenyum,tertawa,malah menangis kerana daripadanya saya mengutip kekuatan dan keberanian untuk terus berdiri di sini. Dia….Misha, adalah bingkisan dari hati, hati yang paling dalam sebagai penghargaan terhadap dokongan dan doa kalian…sebuah bingkisan yang lengkap menceritakan siapa Misha Omar untuk kalian dekati dan kenali….' itulah sebuah luaran gembira tidak terhingga dari Samiha @ Aisah Binti Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar kini telah bangkit menggegarkan kembali dunia hiburan tanah air kita apabila muncul dengan album kompilasi terbaru beliau "Dia…..Misha Omar" .

Dia.....Misha Omar

Album terbaru ini merupakan album keempat Misha bersama Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd. Setelah 9 tahun tanpa album, semestinya peminat-peminat Misha Omar terlalu merindui suara lunak artis pujaan mereka, lantas album kompilasi yang mengabungkan 13 buah lagu-lagu terbaik dari album-album studio beliau dan 3 buah lagu baru ini merupakan buah tangan terbaru dari Misha buat semua peminat yang sentiasa menanti dan menghargainya selama ini.

'Terima kasih kepada semua pengkarya muzik yang tidak pernah jemu memberikan sentuhan magis yang memperindahkan perjalanan hidup insan bernama Misha Omar. Kreativiti kalian adalah nadi yang meniupkan kekuatan untuk diri ini terus bertahan menempuh segala onak yang tidak pernah berhenti menduga.' Nukilan Misha kepada para pencipta lagunya yang berjaya dan banyak memberi sumber inspirasi kepadanya untuk terus berjaya dan berjuang didalam bidang seni suara. Album yang memuatkan enambelas (16) buah lagu ini adalah sebuah sentuhan yang cukup menarik kerana 'Dia….Misha' bukan sahaja dipasarkan di dalam bentuk album tetapi juga terdapat di dalam bentuk VCD karaoke yang memuatkan 12 buah lagu-lagu pilihan ramai.

3 buah lagu baru yang di muatkan di dalam album ini ialah

1. BERLALU (single pertama)
Single pertama ini pasti membuatkan jiwa anda berasa cukup tenang dengan kemerduan suara Misha dalam menyanyikan irama balada.Lirik lagu ini ditulis oleh Ad Samad dan dicipta oleh Wayne Gideon.

2. DETIK ANTARA WAKTU
Lagu yang mengisahkan perasaan rindu yang amat mendalam terhadap kekasihnya ini amat puitis dan begitu mendalam maknanya ini diilhamkan oleh Rudy khas buat Misha.

3. KERANA
Lagu ini pasti tidak asing lagi bagi para peminat kumpulan Aleycats. Lagu ini dinyanyikan semula oleh Misha dan di adunkan semula dengan irama balada oleh komposer dan pengarah muzik yang tidak perlu dikenalkan lagi iaitu Datuk Haji Ramli MS.

Pihak Sony Music yakin bahawa dengan kemunculan album terbaru "Dia….Misha" dapat memberi kepuasan kepada peminat muzik tanah air dan peminat setia Misha Omar sendiri yang telah lama menanti kemunculan albumnya.Dapatkan album ini dipasaran pada 14 Mac 2011 dengan harga RM 31.90 dan RM21.90 (VCD Karaoke).





0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI