Lafazkannya dengan stail Cornetto

Tuesday, March 01, 2011

Akim dan Stacy tidak pernah menafi tentang hubungan mesra yang terjalin. Namun baik Akim atau Stacy apabila diaju pertanyaan sering mengatakan hubungan mereka tidak terpahat perasaan cinta.

Meskipun sering berkata tidak, namun pergerakan tubuh masing-masing apabila digandingkan menggambarkan mereka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan ramai.

Gara-gara kisah percintaan itulah Akim dan Stacy dilihat mempunyai keserasian untuk menjadi duta ais krim Wall's Cornetto bagi kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto.


Pengarah Bahagian Makanan, Malaysia dan Singapura, Unilever (Malaysia) Holding Sdn. Bhd., Hugo Verkuil berkata, ais krim jenama ini amat sinonim dengan cinta dan persahabatan, justeru Akim digandingkan dengan Stacy.

Katanya, kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto mahu memberi inspirai kepada warga Malaysia untuk meluahkan kasih sayang mereka.

Kali ini, Wall's Cornetto menggunakan bahasa sejagat cinta iaitu muzik dan keindahan manis ais krim sebagai platform untuk meluahkan rasa cinta.

"Akim dan Stacy akan bertindak sebagai orang tengah untuk menyampaikan rasa cinta, para peserta yang terpilih kepada pasangan masing-masing," katanya pada majlis memperkenalkan duta Wall's Cornetto yang baru di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Jenama Kanan Malaysia & Singapura, Wall's Ice Cream, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Chang Meng Yang.

Jika sebelum ini, Akim bergandingan dengan Juliana Evans menerusi drama mini bersiri Inikah Cinta? sebagai salah satu promosi, kini beliau berduet dengan Stacy menerusi lagu Jahatnya Cinta yang merupakan lagu tema kempen terbaru syarikat berkenaan.

Jahatnya Cinta adalah gabungan lagu asal dendangan Akim, Inilah Cinta dan Jahat oleh Stacy yang disatukan oleh Edry KRU menjadi sebuah lagu baru.

Kata Akim, beliau suka dengan gabungan lagu itu kerana ia menampilkan dua karakter muzik yang berbeza.

"Lagu saya, Inikah Cinta, melodinya mellow berbanding Jahat yang rancak. Apabila digabungkan melodi Jahatnya Cinta menjadi sesuatu yang baru. Pertama kali mendengarnya, saya terus suka," katanya yang merupakan pencipta asal Inikah Cinta.

Malah penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu juga tidak sabar untuk menjalankan aktiviti kempen Wall's Cornetto.

Antara aktiviti yang bakal dilakukan oleh Akim dan Stacy adalah bertemu para peminat Wall's Cornetto di pusat membeli-belah dan menjayakan konsert Cornetto.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI