Shah Rukh Khan pelakon lelaki terburuk

Saturday, March 19, 2011

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dinamakan sebagai pelakon lelaki terburuk dan Sonam Kapoor pula meraih gelaran pelakon wanita terburuk dalam Anugerah Golden Kela yang menyerupai Anugerah Razzie di Hollywood, baru-baru ini.

Shah Rukh mendapat gelaran tersebut melalui lakonannya dalam filem arahan Karan Johar, My Name Is Khan yang mana dia memegang watak sebagai pesakit sindrom Asperger.


Sonam pula mendapat gelaran pelakon wanita terburuk menerusi lakonannya dalam Aisha yang merupakan filem terbitan syarikatnya sendiri.

Ironiknya, Shah Rukh turut memenangi pelakon lelaki terbaik menerusi filem yang sama pada anugerah Filmfare, baru-baru ini.

My name Is Khan turut dinobatkan sebagai filem terburuk, sementara Sanjay Leela Bhansali dinamakan sebagai pengarah terburuk menerusi filem arahannya, Guzaarish.

Pengarah Ram Gopal Varma mendapat anugerah 'Cukuplah, Tolong Berhenti', anugerah yang memintanya berhenti daripada terus menghasilkan filem.

Pelakon pembantu lelaki terburuk pula diberikan kepada Arjun Rampal menerusi lakonannya dalam Housefull, manakala Kangana Ranaut mendapat anugerah pelakon pembantu wanita terburuk untuk filem Kites.

Apa yang menariknya ialah dalam lima pencalonan bagi kategori pelakon pembantu wanita terburuk, tiga daripadanya mencalonkan nama Kangana melalui filem lakonannya No Problem, Once Upon A Time in Mumbaai dan Kites.

Anugerah 'adakah kamu sudah gila' pula diberikan kepada pelakon Ben Kingsley kerana penglibatannya dalam filem Teen Patti.

Sementara itu, Aditya Narayan dan Pakhi Tyrewala dianugerahkan kemunculan pertama pelakon lelaki dan wanita terburuk melalui filem Shaapir dan Jhootha Hi Sahi. - AGENSI

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI