Rambut Justin Bieber dilelong di Ebay

Friday, March 04, 2011

Rambut milik penyanyi sensasi remaja Kanada, Justin Bieber dilaporkan mendapat sambutan hangat dalam satu halaman lelongan, eBay, apabila mendapat bidaan lebih AS$40,000 (RM200,000).


Penyanyi berkenaan dilaporkan memotong rambutnya yang terkenal itu bulan lalu dan menawarkan untuk derma bagi pelbagai badan kebajikan dalam usaha untuk membantu memungut dana kepada mereka yang memerlukan, lapor laman web contacmusic.
Bieber menyerahkan rambutnya itu kepada pengacara rancangan carta Ellen DeGeneres ketika muncul dalam program berkenaan.

DeGeneres merancang untuk menyerahkan hasil lelongan rambut itu kepada pusat menyelamat haiwan California, The Gentle Barn.

Badan kebajikan di Santa Clarita itu menjaga lebih 100 haiwan dan sering diberi publisiti oleh DeGeneres serta majlis amal pasangannya, Portia De Rossi.

De Rossi menjadi jurucakap pergerakan Alley Cat Allies. Bieber pula baru-baru ini menjadi rakan kepada unit remaja pertubuhan aktivis haiwan, PETA iaitu PETA2. – Agensi

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI