Video Klip Terbaru Lady Gaga penuh kejutan

Thursday, March 03, 2011

Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga mencipta satu lagi kejutan apabila dia muncul dalam klip video terbarunya, Born This Way, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Dalam klip video itu, Lady Gaga menjadi seorang ibu yang melahirkan makhluk asing.

Detik-detik penyanyi tersebut melahirkan makhluk asing itu disiarkan dalam klip tersebut yang menunjukkan dua wanita membantunya bersalin.

Penyanyi itu membuat aksi yang kurang manis apabila dia menunjukan detik-detik semasa mahu melahirkan anak tersebut.

Dalam klip video tersebut, dia muncul dengan mekap seperti makhluk asing selain memakai seluar dalam dan coli semasa menari.

Lagu Born This Way muncul sebagai lagu paling laris di laman muzik dalam talian, iTunes di seluruh dunia.

Lebih satu juta lagu itu dimuat turun dalam tempoh lima hari baru-baru ini.- Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI