Teater ”Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal” (LKBSM),Istana Budaya, mulai 16 Mac -April 2011

Tuesday, March 08, 2011

Komik Kampung Boy, karya ulung Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 16 Mac hingga 5 April ini.

Karya terulung Dato' Lat, 'Kampung Boy' ini dipentaskan buat pertama kali.

Musikal ini akan dibintangi oleh Awie, Atilia, Douglas Lim, Omar bin Haji Abdullah, Jalil Hamid dan Sandra Sodhy. Persembahan ini adalah di bawah arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskander.

Teater ”Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal” (LKBSM) itu akan dinaungi buat pertama kalinya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Mohd Khair Ngadiron hari ini.

"Ini juga merupakan satu daripada usaha untuk mewujudkan suasana kanak-kanak kampung yang tidak pernah dirasai kanak-kanak zaman ini,” katanya pada sidang media LKBSM di Istana Budaya di sini.

Mohd Khair berkata, teater itu, yang diarahkan pelakon Hans Isaac, diterbitkan bersama oleh ITNM dan Tall Order Production (TOP) Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pelakon dan penyanyi Awie diberi peranan sebagai Lat, penyanyi Atilia memegang watak Faezah iaitu isteri Lat, manakala pelakon Jalil Hamid sebagai bapa Lat. – Bernama

5 Komen:

milla on 21 March 2011 at 13:22 said...
This comment has been removed by the author.
milla on 21 March 2011 at 13:26 said...

Pada 18 mac yg lepas aku dan member teater aku pergila menonton Lat the musical. Bagi aku rating 6/10. Agak mengecewakan cerita yang sepatutnya menjadi sebutan seperti Siti di Alam fantasi hanyalah angan-anganku.
Bagi aku sepatutnya Harith dan Hans perlukan perincikan setiap perkara di dalam teater ini. Contohnya ketika Atilia menyerahkan bayi Nampak seperti membaling. Oleh kerana semua org ketawa aku beranggapan kemungkinan salah-satu teknik klu ye tahniah! Menyarungkan kasut seperti yg di lakonkan oleh Atilia di dalam rumah adalah tidak patut. Pakaian Atilia ketika mengandung juga tidak menggambarkan tahun 80an, malah anak gadisnya memakai baju kurung tetapi dia berskirt.
Adakalanya plot agak melompat dan tidak teratur penceritaannya. Lat di sekolah, Lat di rumah, lat pindah ke Ipoh, terus melompat ke Lat kerja. Bagi aku sepatutnya transasi cerita perlu lebih lancar supaya menonton tidak membuat rumusan sendiri. Masuk U kah dato’ Lat, kenapa kerja kat NST. Malah klu tidak tahu sejarahnya tidak pasti apakah kerja Lat. Adegan Atilia tetiba di kelas musik juga agak samar. Tetiba masuk ke kelas menyapa Awie??
Perkara yang paling memalukan aku bagi teater ini adalah, pergerakkan props yang telah melahirkan bunyi bising. Pergerakkan yang terlalu ketara sehingga mengganggu konsentrasi penonton. Dengan modal yang begitu besar aku kira tidak sepatutnya kualiti teater seperti ini di hasilkan. Walaubagaimana pun teater ni perlu berterima kasih kepada barisan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Awie, Omar yang menjadi penyelamat teater ini. Syabas dari aku semoga teater Malaysia terus berkembang

Abang Long on 27 March 2011 at 10:23 said...

Salam...semalam 26/3/2011 aku menonton teater tersebut. Memang la ada kelemahannya tetapi aku tidak ambil pusing kerana aku lebih fokus kepada cerita yg cuba disampaikan. Aku amat tersentuh pada babak di mana Lat terlupa akan hari isterinya sepatutnya melahirkan anak akibat kesibukan kerja. Babak yg pada aku memang terkena pada aku sendiri..

milla on 28 March 2011 at 16:18 said...

bahya tu lupe tarikh penting hehhe.. tapi betul la En abg Long pasal teater Lat ni agak keciwa sikitla. sbb hans dan Harith tu so far ade potential dlm pengarahan teater. mcm teater Cuci ok je. tu yg heran tu. Saya mmg minat teater so saya kira spatutnya kali ini teater ia ok. takpe la dah nak abih dah..
lepas ni kita tgk Bila rebab berbisik lak.. best ni byk menang anugerah huhu

Anonymous said...

Teater LAT yg sedang berlansung skrg ni adalah berdasarkan karya komik Kampung Boy tu sendiri. Ini bukan lah bermaksud segala-galanya harus ada dalam jalan cerita teater tu. Jadi apa yg ada dalam komik Kampung Boy ... itu lah yg ada dalam pementasan teater ni.

kalau nak tau kisah hidup Datuk Lat secara terperinci ...boleh laa cari biografi beliau dan baca.

Post a Comment

 

ZONFINITI