Konsert Terima Kasih Karnival Kumpulan Utusan 19 Mac 2011

Sunday, March 13, 2011

Peminat Ana Raffali, Meet Uncle Hussain, Black Mentor, Tom MyStarLG dan Adam Akademi Fantasia (AF) tentu tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan menyaksikan artis-artis popular ini beraksi sempena Konsert Terima Kasih yang akan diadakan pada 19 Mac ini.

Konsert yang diadakan sempena Karnival Kumpulan Utusan ini diadakan pada pukul 8 malam di pentas utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bharu.

Selain dihiburkan dengan persembahan yang dijamin hangat, pengunjung konsert juga berpeluang menyaksikan penampilan istimewa Orkes Nirwana.

Gandingan bersama penyanyi A. Rahman Hassan dan isterinya, Azizah Mohamad dijangka mampu menggamit kembali nostalgia irama pop yeh yeh yang pernah popular ketika era 60-an dulu.

Lebih meriah, kehadiran mereka di Pentas Utama juga akan ditemani oleh penyanyi Jefrydeen yang pernah popular dengan lagu Seruling Anak Gembala satu ketika dahulu.

Selain persembahan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan celoteh pengacara terkenal, Shamsul Ghau Ghau yang tentunya akan menggamatkan suasana konsert pada malam itu.

Selain menyajikan hiburan dan persembahan mantap daripada artis-artis popular, karnival sehari ini juga memberi peluang buat seluruh warga Johor untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Antara aktiviti menarik yang bakal menemui pengunjung karnival terutama di gerai-gerai kendalian Utusan seperti Surat Beracun, Jom Minum, KebaBoom!, Oh Mumia, Shh...Teka dan Limbo Rock.

Jangan risau, peserta yang berbakat pasti tidak akan pulang dengan tangan yang kosong memandangkan banyak hadiah menarik telah disediakan.

Pengunjung yang berbakat dalam bidang nyanyian juga boleh mencuba nasib dengan menyertai pertandingan Juara Karaoke yang akan berlangsung di Pentas Mini.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh mencuba bakat dengan menyertai pertandingan Tarian Tradisi, Ada Hantu! Takutnya! dan Lawan Timbang Sepak Raga.

Selain berinteraksi dan berhibur, karnival ini juga menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan. Bagi mereka yang berminat untuk terlibat dalam karnival ini dan ingin membuka gerai, tempahan masih dibuka.

Untuk berbuat demikian, hubungi Shah di talian 03-9287 7777 sambungan 332.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI