Virus Adeno: Kematian ke-3 pelatih Pulapol

Wednesday, March 30, 2011

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno.

Mangsa itu yang ketiga maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam tadi.

Tiong Lai berkata, mangsa, Konstabel, Mohammad Siman, 23, telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu meninggal akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.

"Mangsa ialah kes yang awal dan bukan kes terbaru. Kes terakhir yang dikesan ialah pada 19 Mac lepas,” katanya ketika ditanya pemberita di sini.

Beliau berkata, sekiranya dalam tempoh 14 hari dari tarikh kes terakhir dikesan, tiada kes terbaru dilaporkan kementerian boleh mengisytiharkan bebas dari virus itu. – Bernama

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI