Rumah Rubina Slumdog Millionaire terbakar

Sunday, March 06, 2011

Rumah pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire, Rubina Ali musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan setinggan di Mumbai, semalam.

Kebakaran yang berlaku lewat malam semalam itu turut memusnahkan beratus lagi rumah pangsa yang terletak berhampiran landasan kereta api.

Pelakon kanak-kanak terkenal itu terus menetap di kawasan tersebut walaupun filem lakonannya itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.



Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Rubina, yang mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi peranannya dalam filem Slumdog Millionaire yang meraih anugerah Oscar 2008 arahan Danny Boyle mengatakan dia kehilangan sebahagian besar barang miliknya termasuk gambar-gambar berharga yang diambil semasa perjalanannya ke Los Angeles untuk menghadiri anugerah Oscar.

"Kami hanya memiliki pakaian terbuang, kami berusaha keras untuk menyelamatkan apa saja yang boleh sebelum api merebak.

"Gambar saya ketika hadir anugerah Oscar, segala kenangan, semuanya musnah," ujar Rubina.

Rubina berusia lapan tahun ketika memegang watak sebagai seorang kanak-kanak bernama Latika dalam filem yang memenangi anugerah Oscar itu mendapat perhatian meluas dalam perjalanannya dari kampung menuju ke pentas Oscar. - Reuters

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI