Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Ustaz Rock, Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy kesal kerana namanya dijaja oleh pihak-pihak tertentu sebagai pengikut ajaran sesat 'Ajaran MLM'.
Sebaliknya beliau menafikan terbabit dengan ajaran itu malah tidak tahu apa-apapun mengenainya.
"Saya benar-benar terkejut dengan dakwaan itu dan ia memberi kesan buruk pada imej saya yang berusaha memantapkan akidah semua umat Islam.
"Sebelum ini saya tidak mengetahui langsung mereka (pengikut Ajaran MLM) menggunakan nama saya kerana tiada sesiapa pun bertanya mengenainya sehinggalah kisah mengenai ajaran ini dikeluarkan media," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Akhil mengulas dakwaan mengaitkan dirinya sebagai salah seorang daripada beberapa selebriti terkenal tanah air yang menjadi pengikut 'Ajaran MLM.'
Kosmo! melalui siri laporannya mendedahkan mengenai ajaran sesat 'Ajaran MLM' yang lebih menjurus memeras ahli memberi sejumlah wang mengikut perkiraan berdasarkan 'formula dosa sepanjang hayat' atas tujuan membiayai sebuah kerajaan Islam yang lebih sahih 'Maahad Al-Zaiton' di Indonesia.
Oleh FATIHAH MOHAMED
Akhil Hayy nafi terlibat ajaran sesat MLM
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Akhil Hayy nafi terlibat ajaran sesat MLM
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment