Artis popular, Beyonce Knowles dan suaminya, pemuzik dan penyanyi, Jay Z muncul pasangan terkaya di Hollywood dengan nilai kekayaan mereka mencecah AS$162 juta (RM586 juta) bagi tempoh 1 Jun 2007 hingga Jun lalu.
Ini meletakkan mereka di kedudukan teratas senarai pasangan terkaya Hollywood yang dikeluarkan majalah kewangan Forbes, setiap tahun.
Kedudukan itu meletakkan Beyonce dan Jay Z mengetepikan nama besar lain termasuk pasangan pelakon Will Smith dan isterinya, Jada Pinket serta pasangan David Beckham dan Victoria.
Beyonce dan Jay Z yang berkahwin secara rahsia pada April lalu, mencatat nilai pendapatan bersama AS$162 juta (RM584 juta) yang menggabungkan perolehan Jay Z sebanyak AS$82 juta (RM295 juta) dan Beyonce, AS$80 juta (RM288 juta), hasil pendapatan menerusi jenama pakaian, filem, duta produk dan konsert.
Will Smith dan isteri berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan kira-kira AS$85 juta (RM307.7 juta). Sebahagian besar pendapatan mereka adalah hasil perolehan Smith menerusi filemnya, I Am Legend, The Pursuit of Happiness dan Hancock.
Bintang bola sepak, David Beckham dan Victoria pula di tempat ketiga dengan jumlah pendapatan kira-kira AS$58 juta (RM209 juta).
Pasangan di tempat keempat adalah penyanyi country, Tim McGraw dan Faith Hill yang mengumpul kekayaan sebanyak AS$35 juta (RM126 juta).
Aktor popular, Brad Pitt dan teman wanitanya, Angelina Jolie di tempat kelima dengan nilai pendapatan bersama kira-kira AS$34 juta (RM122 juta).
Pencapaian Beyonce dan Jay Z menjadi berita gembira bagi pasangan itu yang hanya baru-baru ini membuka mulut mengenai perkahwinan mereka.
Malah Beyonce mengakui yang beliau amat bahagia dan gembira dengan gelaran isteri. � Agensi
Beyonce, Jay Z terkaya Hollywood
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment