Ramai pemuzik metal terutamanya dari Scandinavia menjadikan negara-negara Asia Tenggara terutamanya Indonesia dan Malaysia sebagai tempat persinggahan dalam siri konsert bergerak mereka di seluruh dunia sejak kebelakangan ini.
Kumpulan death metal dari Sweden, Grave misalnya, memilih Singapura sebagai salah satu destinasi konsert bergerak, Soulness Dominion Tour 2008 mereka yang akan diadakan di Republic Cultural Centre, Woodlands, di republik itu pada 30 November ini pukul 6.30 petang.
Menurut gitaris dan vokalis kumpulan itu, Ola Per Mikael Lindgren, dia dan dua lagi anggota Grave tertarik untuk mengadakan konsert di Asia Tenggara kerana mereka mahu merasai sendiri kelainan sambutan para peminat yang berlainan budaya dan bangsa di rantau sebelah sini.
Malah, Grave katanya juga berasa teruja untuk beraksi di depan para peminat yang telah menyokong mereka sejak 20 tahun lalu, apatah lagi selepas mendengar cerita positif daripada rakan-rakan mereka yang pernah melawat Singapura sebelum ini.
“Pada 13 Julai lalu, kawan-kawan senegara kami daripada kumpulan Disember telah mengadakan persembahan di Singapura di mana sambutan para peminat terhadap mereka sungguh hebat sekali,” katanya yang menubuhkan Grave 20 tahun lalu di Stockholm, Sweden.
Selain Ola, Grave yang pada mulanya dikenali sebagai Corpse turut dianggotai oleh Fredrik Nils Isaksson (bassis) dan Ronnie Per Anders Bergerstahl (dram) sepatutnya dijadualkan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 29 November ini, tetapi dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Konsert anjuran Cynical Sounds dari Singapura dan Bleed Records (Australia) itu dijangka akan dihadiri ramai peminat Grave dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Selepas Singapura, Grave akan meneruskan siri konsert mereka di Perth (2 Disember), Sydney (4 Disember), Brisbane (5 Disember), Melbourne (7 Disember), Adelaide, Australia (8 Disember) dan Auckland, New Zealand (10 Disember).
Tiket untuk menyaksikan konsert Grave itu berharga S$47 dan S$60. Kumpulan death metal veteran Singapura, Vrykolakas pula akan muncul sebagai artis pembuka tirai persembahan pada konsert tersebut. Maklumat lanjut sila layari laman sesawang www.myspace. com/ cynicalsounds atau hubungi 019-763 2115 (Fadzil Puasa).
Oleh ABD. AZIZ ITAR
Konsert Grave di Singapura Ahad ini
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Konsert Grave di Singapura Ahad ini
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment