Mawi hampir terjerat skim cepat kaya

Wednesday, November 26, 2008

Penyanyi lelaki popular, Asmawi Ani, 27, nyaris menjadi salah seorang mangsa kepada ejen skim pelaburan yang didakwa telah menipu beberapa artis tempatan.

Menurut bakal pengantin baru itu, dia pernah 'dipujuk' oleh wanita yang dikenali sebagai 'Ija' untuk menyertai skim pelaburan yang dikatakan ada kaitan dengan sebuah syarikat pengeluar rokok terkemuka antarabangsa.

"Saya pernah bertemu wanita bernama Ija itu di rumah seorang rakan artis sekitar April atau Mei lalu.

"Saya ditunjukkan sekeping cek yang bernilai ratusan ribu ringgit yang kononnya mahu dibayar kepada seorang artis yang sudah melabur. Tengok cek itu, memang saya hampir bersetuju hendak melabur," ceritanya kepada Kosmo!

Menurut Mawi pada awalnya dia hampir terpedaya apabila wanita berkenaan menjanjikan pelaburan itu akan memberi keuntungan sehingga 40 peratus daripada nilai pelaburan dalam masa hanya dua minggu.

Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu, dia menangguhkan hasrat itu setelah dinasihati oleh kawan-kawan termasuk bakal isterinya, Ekin.

"Memang dia (Ija) nasihat suruh labur banyak. Tetapi masa tu, saya fikir kalau saya hendak masuk pun, saya mungkin akan labur antara RM5,000 dan RM10,000 sahaja.

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI