Israel menghantar pulang berpuluh-puluh aktivis tetapi masih menahan beratus-ratus lagi semalam, sehari selepas komandonya membunuh sembilan orang apabila mereka merempuh masuk ke sebuah kapal bantuan yang dalam pelayaran ke Gaza.
Daripada 682 orang dari 42 negara yang berada di dalam enam kapal yang ditarik ke pelabuhan Israel, 45 bersetuju untuk dihantar pulang dengan serta-merta kelmarin dan semalam, kata jurucakap imigresen, Sabine Hadad.
Yang lain dibawa ke penjara Beersheva di selatan Israel, di mana hakim imigresen memproses mereka bagi tujuan penghantaran pulang, katanya.
“Mengikut undang-undang, ia akan hanya mengambil masa beberapa hari saja,” kata Sabine.
Kira-kira 48 rakyat asing dirawat di hospital Israel, begitu juga dengan enam askar yang menaiki kapal berkenaan, lapor radio awam.
Turki akan menghantar tiga pesawat ambulans ke Israel untuk membawa pulang 20 daripada warganya yang cedera.
Daripada jumlah yang menaiki bot terbabit, 380 adalah rakyat Turki, 38 dari Greece, 31 dari Britain, 30 dari Jordan, 28 dari Algeria, sebilangan lagi dari Australia, Itali, Indonesia, Ireland dan negara lain, kata Sabine.
Sekurang-kurangnya empat rakyat Turki adalah antara sembilan yang terkorban dalam serbuan komando itu yang dilakukan di kawasan perairan antarabangsa, menurut seorang diplomat Turki, sementara 19 rakyat Turki lain dilaporkan termasuk dalam senarai mereka yang sudah dihantar pulang.
Mereka yang masih dalam tahanan dikatakan enggan menandatangani arahan diusir keluar.
Menteri Luar Ireland, Micheal Martin mendesak pembebasan tanpa syarat tujuh warga Ireland yang ditahan.
“Ketujuh-tujuh individu berkenaan tidak memasuki Israel secara haram, tetapi mereka dirampas dari kawasan perairan antarabangsa, dibawa ke Israel dan diminta menandatangani dokumen yang mengesahkan mereka masuk secara haram,” katanya. – AFP
Israel hantar pulang berpuluh-puluh aktivis
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Israel hantar pulang berpuluh-puluh aktivis
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment