Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (Orphan Care) mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka meninggalkannya dengan selamat.
Ruang tersebut yang dikenali 'pelindung bayi' itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia ditempatkan di pejabat pertubuhan itu di 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku di sini.
Ia dilancarkan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang turut merasmikan Pusat Perlindungan Bayi dan Anak Yatim Orphan Care di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Orphan Care, Datuk Adnan Mohd. Tahir.
Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Shahrizat berkata, pihaknya menyokong usaha NGO berkenaan mewujudkan ruang tersebut bagi keselamatan bayi yang ditinggalkan.
Namun, beliau menegaskan, ia tidak bermaksud kementeriannya menggalakkan kehamilan luar nikah di negara ini malah ia tidak sepatutnya diwujudkan jika ibu bapa bayi berkenaan bertanggungjawab dan amanah.
"Pelindung bayi merupakan salah satu cara penyelesaian alternatif untuk ibu terdesak," katanya.
"Kita membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cara betul iaitu meninggalkan bayi mereka di pelindung bayi ini atas keizinan mereka dan Orphan Care akan membantu bayi berkenaan mencari keluarga yang sesuai," katanya.
Orphan Care adakan pelindung bayi pertama di Malaysia
Entri Lain
Permalink: Orphan Care adakan pelindung bayi pertama di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment