Kali pertama di TV3, drama bersiri epik fantasi Arjuna terbitan KRU Studios akan menemui penonton menerusi slot Aksi mulai jam 9 malam ini. Menggantikan drama bersiri sains fiksyen, Arjuna memaparkan pengembaraan alam mistik pendekar sakti yang padat dengan aksi pertarungan hebat dan kuasa sakti yang dipersembahkan melalui teknik CGI yang canggih.
Drama ini membariskan pelakon popular tanah air seperti Remy Ishak (Pelakon Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009), Riz Ainuddin, Nora Danish, Erry Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata dan Komeng.
Drama bersiri ini diarahkan Elmi Khalim dan skrip oleh Fairul Nizam Abas dan Yuzaidania A Shukor.
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, TV3 sentiasa mengambil inisiatif baru dalam menghasilkan program TV yang menarik dan menghiburkan.
Katanya, Arjuna sebuah drama bersiri epik fantasi yang lengkap dengan aksi hebat, konflik, percintaan, komedi, barisan pelakon yang mantap juga persembahan visual CGI yang mengagumkan.
“Dengan kerjasama KRU Studios, kami berharap Arjuna mampu meninggalkan impak besar kepada penonton selain meraih kejayaan rating yang tinggi. Sebahagian besar penggambaran dijalankan di kawasan hutan seperti Hulu Langat, Pulau Indah, Hulu Yam dan Kemensah yang memerlukan pihak produksi menghasilkan set yang bersesuaian.
“Pelakon juga telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan persediaan seperti menguasai kemahiran bersilat dan bersedia dengan tahap fizikal yang tinggi bagi menjayakan lakonan babak aksi yang merangkumi 50 peratus dalam drama itu,” kata Nurul.
Kisahnya bermula apabila Pendita Dzulkarnain mewariskan permata Wilis dan Pedang Citra Dewata kepada anak muridnya Adipura dan keturunannya saja selepas Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat. Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti itu.
Namun, Adipura sempat menyerahkan Permata Wilis kepada kedua-dua anaknya, Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan. Arjuna dan Sutera diselamatkan adik Adipura, Cintasari. Arjuna diserahkan kepada Saha, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera manakala jejak adiknya tidak diketahui.
Selepas 18 tahun, Arjuna membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam suatu insiden, Arjuna secara tidak sengaja menggunakan kuasanya di hadapan orang kampung. Maka, Pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan Permata Wilis sudah ditemui. Masing-masing menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.
Keluarga angkat Arjuna terbunuh manakala Arjuna mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera ialah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya.
Rombongan Pendekar membuat persediaan ke Bandar Di Raja untuk bertemu Pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan Pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka. Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata?
Kepada penonton di rumah yang ingin mengenali dan mendalami watak Arjuna dengan lebih mendalam, mereka boleh melayari laman sesawang Arjuna di www.tv3.com.my/arjuna.
Drama bersiri epik fantasi Arjuna
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Drama bersiri epik fantasi Arjuna
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment