Lawak : Kelebihan Merokok
1.Tidak terjatuh ke lubang bila berjalan
2.Tidak digigit anjing & nyamuk
3.Pencuri tidak masuk rumah
4.Dapat ramai kawan
PENERANGAN
1.Tidak terjatuh ke lubang semasa berjalan:
-Bila selalu merokok, cepat tua. Badan pun bongkok. Bila berjalan pun bongkok, nampaklah lubang dibawah.
2.Tidak digigit anjing & nyamuk:
-Bila bongkok susah nak berjalan. Kena pakai tongkat. Anjing pun takut kerana ada tongkat ditangan.
-Asap rokok juga boleh dijadikan ubat nyamuk terutamanya bagi penoreh getah & askar?.
3.Pencuri tidak masuk rumah:
-Bila selalu merokok, mudah ditimpa penyakit batuk-batuk. Malam-malam tak dapat tidur kerana batuk-batuk. Pencuri pun tak berani masuk rumah kerana tuan rumah tidak tidur.
4.Dapat ramai kawan
-Bila tinggal dalam wad hospital, dapat kenal rakan2 yg senasib di katil bersebelahan. hehehe
salam ukhwah.... =p
Lawak : Kelebihan Merokok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment