Penyanyi tempatan Sabah, Kimin Mudin yang popular dengan lagu "Sayang Kinabalu", sebuah lagu Dusun yang dijadikan popular khusus bagi mempromosi pelancongan di Sabah, meninggal dunia akibat masalah jantung di Hospital Likas dekat sini awal hari ini.
Kimin, 46, yang juga abang kepada pencipta dan penulis lirik lagu popular
Asmin Mudin, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 1.35 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu malam tadi.
Menurut Asmin, 40, Kimin yang berasal dari Kampung Kelatuan, Papar mengadu sesak nafas selepas mandi di rumahnya di Kampung Rampaian Menggatal pada kira-kira pukul 10 malam.
"Isterinya kemudian menghantarnya ke Hospital Likas. Semasa dirawat di sana, abang saya kemudian pengsan dan disahkan meninggal pada pukul 1.35 pagi," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Orang Islam Jalan Kepayan, dekat sini hari ini.
Turut berada di tanah perkuburan itu ialah para artis tempatan Sabah termasuk Abu Bakar Ella.
Nama Kimin mula dikenali ramai selepas membawa lagu Sayang Kinabalu ciptaan Asmin pada tahun 2000, dan pada tahun 2004, pengurusan Skyline mengambil alih tugas untuk mempromosi album yang memuatkan lagu Sayang Kinabalu.
Asmin, yang turut mencipta lagu Kau Ilham Ku, Anggapanmu, Gemilang yang
masing-masing pernah dipopularkan oleh Man Bai, Ziana Zain dan Jacklyn Victor berkata, setakat ini, jualan album Sayang Kinabalu sudah mencecah sekitar 50,000 unit. Kimin dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk dua lelaki. - Bernama
Penyanyi Sabah, Kimin Mudin meninggal dunia
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Penyanyi Sabah, Kimin Mudin meninggal dunia
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment