Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dijangka akan mengadakan lawatan ke rantau Asia termasuk Malaysia April tahun hadapan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala.
Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice yang dipetik agensi berita AFP berkata Obama sebelum ini sememangnya mengakui kecewa kerana terpaksa membatalkan lawatannya ke Asia Oktober lalu dan lawatan itu nanti diharap akan dapat memulihkan pengaruh negara itu di Asia.
Pembatalan kunjungan itu adalah susulan penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat ekoran krisis pelan kesihatan negara itu dimana Obama mahu berada di dalam negara itu menyelesaikannya.
“Rakan kami di Asia berhak untuk mendapatkan perhatian kami secara berterusan” kata Rice pada ucapannya di Georgetown University, Amerika Syarikat.
Rice bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai jadual lawatan Obama itu.
Malaysia adalah antara negara yang seharusnya dilawati Obama sebelum ini selain Filipina, selain tidak menghadiri Sidang Kemuncak APEC di Bali, Indonesia dan Sidang Kemucak Asia Eropah (ASEM) di Brunei.
Ketidakhadiran Obama terutamanya di beberapa persidangan antabangsa serantau dilihat memberi ruang buat presiden China Xi Jinping mempamerkan pengaruh kepimpinan beliau.
Di Malaysia, Obama seharusnya menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) 2013 di Kuala Lumpur namun telah mewakilkan Setiausaha Negara itu John Kerry.

0 Komen:
Post a Comment