Tuan Harun menyamar jadi bapa pensyarah

Thursday, November 21, 2013

Ledang: Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat, 47, dikatakan menyewa sebuah rumah di Taman Bandar Baru Tangkak sejak 27 Oktober lalu.

Selain itu Harun juga dikatakan menyamar sebagai bapa kepada seorang pensyarah di Johor Bahru, selain sering ditemani seorang lelaki yang mengaku sebagai anaknya.

Bagaimanapun kelibat Harun tidak pernah dilihat sejak mula mendiami rumah sewa di Taman Bandar Baru Tangkak itu pada 27 Oktober lalu dengan sewa RM700 sebulan.

Jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan berkata, beliau hanya mengetahui lelaki yang mengaku anak kepada Harun mahu menyewa di situ selepas datang ke pejabat pemaju untuk bertanyakan rumah sewa pada 26 Oktober.

"Dia memberitahu mahu menyewa secepat mungkin kerana berpindah tempat kerja sebagai pensyarah di Johor Bahru dan perlukan rumah dengan segera," katanya.

Roslan berkata, beliau kemudian memberikan nombor telefon jirannya yang kebetulan boleh menyewakan rumah itu yang turut dijadikan sebagai inap desa.

Katanya, lelaki berambut agak panjang itu hanya mahu dikenali sebagai Khairi dan tidak begitu peramah dengan jiran lain di situ dan jarang kelihatan. ~ BH

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI