10,000 bayi lahir setiap hari di Indonesia
Kekurangan buku daftar perkahwinan di beberapa daerah di negara ini mungkin menunjukkan masalah demografi serius akibat kurang perancangan keluarga.
Sri Moertiningsih Adioetomo dari Institut Demografi Universiti Indonesia berkata, kerajaan terlalu lambat bertindak menghadapi perubahan dalam trend populasi termasuk peningkatan dalam jumlah pasangan yang berkahwin muda.
Katanya, kekurangan buku pendaftaran perkahwinan mendedahkan sikap lepas tangan kerajaan terhadap perubahan demografi terutama membabitkan jumlah pasangan muda yang meningkat.
“Kami mendapati golongan tidak berpendidikan yang kebanyakannya di kawasan pedalaman berkahwin selepas tamat sekolah tinggi,” katanya.
Katanya, jika trend ini berterusan negara itu akan mengalami peningkatan penduduk dalam dekad akan datang.
Ditambah dengan kadar kematian yang rendah dan penjagaan kesihatan yang semakin baik, Sri berkata, Indonesia mungkin melihat ledakan populasi antara 2020 dan 2030.
Sejak kebelakangan ini pihak pentadbiran tempatan di beberapa kawasan di negara itu kehabisan buku daftar perkahwinan mengakibatkan ribuan pasangan baru berkahwin terpaksa mendapatkan dokumen perkahwinan sementara.
Sementara itu, Agensi Populasi dan Perancangan Keluarga Kebangsaan (BKKBN) berkata, negara itu bakal menghadapi peningkatan populasi dengan kadar 1.49 atau 4 hingga 5 juta orang setahun.
“Ini bererti 10,000 bayi dilahirkan setiap hari,” kata pengerusi BKKBN Fasli Jalal yang dipetik agensi berita Antara. Beliau mengakui agensi itu gagal mencapai sasaran bagi mengurangkan kadar kesuburan seperti ditetapkan perancangan pembangunan jangka sederhana mengikut laporan awal survei demografi dan kesihatan Indonesia 2012. - Agensi

0 Komen:
Post a Comment