Mohd Khairul Azahan nafi guna bomoh
"Saya tidak tahu bagaimana cerita mengarut ini boleh keluar dalam Facebook (FB)," kata penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid mengenai penyebaran gambar dirinya yang didakwa menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu.
Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu.
Bagaimanapun, Khairul Azahan mengakui terkejut serta terkilan kerana cerita dan gambar sedemikian boleh tersebar di FB.
"Saya terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga kami muncul juara musim ini," katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, tidak ada makhluk halus atau jampi serapah digunakan bagi membantu mana-mana pasukan bola sepak untuk merangkul sesuatu kejuaraan atau mencatat kemenangan pada setiap perlawanan.
"Bagi saya sendiri, setiap kali turun ke padang saya berselawat, membaca al-Fatihah dan berdoa memohon kejayaan," katanya.
Khairul Azahan berkata, dia yakin peminat bola sepak tidak terpengaruh dengan sebarang dakwaan yang tidak berasas kerana Pahang sudah pun bergelar juara Piala Malaysia.
"Saya berpendapat pihak yang menyebarkan cerita ini tidak lebih daripada individu nakal yang cuba mengambil kesempatan menghangatkan lagi kejayaan Pahang menjulang Piala Malaysia musim ini," katanya.
~ metro

0 Komen:
Post a Comment