Musim ikan semilang dan habitatnya
1. Saya ingin tahu musim ikan semilang dan habitatnya?
2. Ingin tahu pedoman umpan diusik ikan atau tidak dan
3. Keberkesanan memancing di antara arus pasang dan arus surut
Ikan semilang tidak bermusim dan boleh dipancing sepanjang waktu cuma yang penting ialah kita bijak mencari lubuk dan habitanya.
Semilang ikan muara dan pesisir pantai yang biasanya akan berehat di kawasan tukun, reba, tunggul kayu, tiang tumbang dan apa saja struktur di dasar air yang boleh dijadikan pelindung sementara kerana memang tabiatnya suka berdiam diri di kawasan struktur ini.
Ia hanya bergerak sama ada berkumpulan memburu makanan ketika air berarus terutama ketika air bunga pasang.
Semilang boleh ditemui di lubuk dalam dan di kawasan air cetek pesisir pantai. Ia boleh berada pada keadaan air keruh dan jernih kerana ikan ini memiliki sesungut yang mampu mengesan sumber makanan sewaktu air keruh.
Ketika air pasang, semilang biasanya akan merapati kawasan pantai hingga ke gigi air mencari makanan tanpa mengira siang atau malam kerana diet sembilang tertakluk kepada perubahan arus setempat.
Memerhatikan hujung joran boleh membantu kita mengesan getuan ikan terhadap umpan yang dilabuhkan.
Setiap getuan ikan akan memberi kesan terhadap pergerakan tali pancing dan seterusnya akan menggegarkan hujung joran.
Jika anda menggunakan tali sulam, ia lebih sensitif dan ia dapat mengesan getuan kecil tiga kali lebih baik berbanding jika menggunakan tangsi sebagai tali utama.
Sekiranya terdapat getaran berulang kali pada joran, usah terlalu gopoh merembatnya. Sebaiknya, angkat joran dan karau tali perlahan, tunggu sekiranya ada lagi getuan kemudian tinggikan joran sedikit.
Jika terasa berat atau sesuatu dihujung tali pancing makin tegang, barulah joran boleh di sembat pada kedudukan lurus bertujuan tidak mencederakan mulut ikan tadi.
Tiada banyak beza waktu yang sesuai memancing sama ada pasang dan surut.
Kedua-duanya sela masa berkenaan ada kelebihan masingmasing dan bergantung kepada sesetengah lokasi.
Paling penting pemancing perlu bijak melabuhkan umpan pada lubuk yang sesuai mengikut arus pasang mahupun arus surut.
Oleh Pok Mud's

0 Komen:
Post a Comment