Suami dari Lombok,isteri dilarikan warga Pakistan
Kerap dihebahkan mengenai pemuda dari Lombok, Indonesia menculik dan melarikan wanita negara ini, namun lain halnya dengan seorang lelaki dari daerah berkenaan apabila isterinya pula didakwa dilarikan lelaki warga Pakistan.
Yusdi Putra, 42, dari Bukit Beruntung, dekat sini mendakwa isterinya, Siti Rohani Abdul Rasid, 36, wanita warga tempatan yang dikahwini sembilan tahun lalu, menghilangkan diri bersama teman lelakinya itu, sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, dia sedih dan kecewa dengan tindakan isterinya yang tergamak meninggalkan tiga anak berusia satu hingga lima tahun yang kini sering mengalami masalah kesihatan akibat rindukan ibu mereka.
Yusdi berkata, dia begitu mengharapkan isterinya pulang dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak mereka, Yusfarhani, 5; Yusmayusaini, 4 dan Yusfaizal Nofal, setahun.
"Sedih bila saya melihat anak-anak. Setiap hari mereka melihat gambar ibu mereka dan berharap dia segera pulang.
"Saya tak tahu nak cakap apa bila orang berkata selalunya lelaki Lombok larikan wanita tetapi berlainan dengan saya, isteri pula dilarikan orang," katanya.
Menurutnya, isterinya mengenali lelaki berkenaan ketika bekerja di sebuah pasar raya di Rawang dan sejak itu, mereka sering dilihat keluar bersama menyebabkan ramai kenalan memaklumkan perkara itu kepadanya.
"Saya tidak mahu percaya cakap orang kerana tidak mahu menuduh sesiapa sehinggalah satu hari, saya melihat sendiri bukti mereka berdua memang ada hubungan," katanya.
Yusdi berkata, dia membuat laporan mengenai kehilangan isterinya di Balai Polis Bukit Sentosa dan turut mengemukakan aduan di Pejabat Agama Kuala Kubu Baru.
Sementara itu, ibu angkat Yusdi yang mahu dikenali sebagai Anita berkata, pada peringkat awal, dia sudah beberapa kali memberi nasihat kepada Siti supaya jangan begitu intim dengan pemuda Pakistan itu, namun ia tidak diendahkan.
"Sebaliknya dia meminta saya supaya jangan mempercayai tuduhan ke atas dirinya namun kini saya kecewa kerana dia sanggup lari dengan lelaki Pakistan itu," katanya.

0 Komen:
Post a Comment