Jessica Alba `hamil' dalam How To Make Love Like An Englishman

Monday, November 11, 2013


Jessica Alba nampak sarat mengandung Isnin lalu, namun itu sekadar untuk watak dimainkan dalam filem terbarunya.

Pelakon jelita itu dilihat menggunakan perut prostetik ketika di set penggambaran How To Make Love Like An Englishman di Malibu.

Melihat gaun hospital merah jambu dipakai Jessica ketika berjalan ke arah treler persalinannya, nyata artis itu sedang merakam babak di mana watak dilakonkannya bersalin.

Walaupun `perutnya' besar, pelakon berusia 32 itu kelihatan selesa malah gaun hospital comel dipadankan dengan but kulit biri-biri perang, beg sandang kanvas dan termos merah jambu.


Filem itu mengisahkan Richard Haig, pensyarah berwatak playboy dari Universiti Cambridge dimainkan Pierce Brosnan yang berubah perangai selepas jatuh hati dengan watak dilakonkan Salma Hayek.

Cuma satu penghalang besar kebahagiaan pasangan itu adik Salma yang juga pelajar universiti (Jessica) bakal melahirkan anak Richard.

Pierce dan Salma turut berada di set penggambaran.

Salma dan suaminya Francois-Henri Pinault sempat menghabiskan masa bersama walaupun mereka sibuk dengan tugasan masing-masing.

Jelitawan Mexico berusia 45 tahun itu yang memakai gaun pendek hitam dipadankan dengan tali pinggang biru, kardigan serta kasut bertumit tinggi dilihat pulang berpimpinan tangan dengan buah hatinya yang juga jutawan Perancis itu selepas seharian melakukan penggambaran.

Sementara itu, Pierce pula nampak ceria menjawab pelbagai panggilan telefon ketika tidak berlakon. Bekas bintang James Bond itu kacak berbaju sejuk serta jeans biru dan kasut kasual.

Salma dan Pierce, 60, sebelum ini berlakon bersama dalam After The Sunset pada 2004.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI