Hukum guna pendinding

Thursday, July 16, 2009

Membaca banyak kisah santau dan penggunaan ilmu hitam akhir-akhir ini sedikit sebanyak merisaukan saya. Saya ingin tahu apakah hukumnya seseorang yang menggunakan ilmu pendinding bagi melindungi diri daripada santau, guna-guna, dan perbuatan khianat yang berunsurkan ilmu hitam? Apakah ayat-ayat al-Quran yang mujarab untuk dijadikan pendinding diri?

HELMI

-----------

Ilmu hitam seperti yang saudara sebut ialah sihir. Ia ditegah dalam agama untuk dipelajari untuk digunakan dengan tujuan mengkhianati orang lain. Berlindung diri daripada terkena amalan sihir memang wajar dilakukan. Ia sebagai usaha untuk mengelakkan dari kejahatan dan perbuatan khianat.

Banyak ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk pendinding diri seperti ayat tiga qul, bacaan yasin dan doa-doa makthurat atau doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW boleh diamalkan.

Elakkan daripada menggunakan tangkal sebagai pendinding kerana ia menyimpang daripada ajaran agama.

~ Dr Mashitah

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI