Faizal Tahir hutang PTPTN

Friday, July 17, 2009

Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.

Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.

Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI