Jampi serapah sebelum bersolek

Thursday, July 16, 2009

Apabila bercakap bab bersolek memang Marilyn tak mahu kalah. Pada Marilyn, penting jugalah untuk bersolek sebab nak tambah seri kepada wajah Marilyn yang biasa-biasa aje ni. Kalau tak bersolek, memang tak yakin diri Marilyn nak keluar rumah.

Baru-baru ni, seorang kawan bertemu dengan Marilyn. Rupa-rupanya dia nak bergosip tentang pelakon jelita yang mengamalkan pembacaan doa dan buat amalan pelik sebelum memakai alat solek. Terkejut betul Marilyn dengar kisah yang satu ni!

Selama ni Marilyn cuma tahu pakai alat solek aje. Tapi tak tahulah sampai kena nak berdoa segala atau baca sebarang mantera yang bukan-bukan. Alahai, takut jadi syirik pula nanti.

Hakikatnya, itulah yang dilakukan oleh seorang aktres jelita yang kalau Marilyn sebut namanya sudah tentu satu Malaysia kenal dia.

Walaupun dia 'dicantikkan' oleh jurusoleknya untuk sebarang majlis atau berlakon lokasi penggambaran, si pelakon itu dalam keadaan menyorok-nyorok akan membaca ayat tertentu sebelum wajahnya yang memang sedia cantik itu dioles.

Kata rakan yang dapat berita itu daripada orang produksi, mulut pelakon wanita itu akan terkumat-kamit tatkala membaca jampi serapah.

Bahkan dia juga akan menggosokkan wajahnya perlahan-lahan apabila siap didandan cantik. Selepas itu, dia akan berlalu pergi dari tempat solek tanpa memandang cermin.

Itu menjadi peraturan wajib yang harus dipatuhi oleh artis yang mempunyai senyuman manis itu. Ia dikatakan bagi mengelak jampi yang digunakannya tidak menjadi kalau dia terlihat cermin selepas acara berjampi serapah.

Marilyn pernah dengar juga amalan yang sama sebelum ni. Teman lama Marilyn yang hanya mahu dikenali sebagai Deena Meerana Loreen juga mengamalkan petua sama selepas berjumpa seorang bomoh di Klang.

Kalau betul apa yang dilihat, nampaknya artis tu juga memakai 'sesuatu' agar cantik di mata orang lain. Patutlah kalau jumpa dan bertentang mata dengan artis ni, mata Marilyn bagai tak sempat nak berkelip melihat kejelitaan dia. Ada 'kuasa ajaib' yang terselindung di sebalik wajah halus-mulusnya tu. Aduh!




Marilyn: Cantik semula jadi.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI