Pegawai khas Exco Selangor maut

Thursday, July 16, 2009

Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu.

Mayat Teo, 30-an ditemui dalam keadaan tertangkup jam 1.30 tengah hari.

Sehingga berita ini ditulis, mayat Teo masih belum dibawa keluar dari tempat kejadian dan polis sedang menjalankan siasatan.

Teo, pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Yong merupakan antara tujuh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri itu dan semalam SPRM menyerbu pejabat Yong di bangunan Sekretariat Negeri di sini untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI