Kesihatan adalah anugerah terpenting bagi manusia. Tahap kesihatan sama ada baik atau sebaliknya bergantung kepada keprihatinan seseorang menjaga tubuh badan.
Namun, sering kali manusia mengambil sikap sambil lewa terhadap penjagaan kesihatan dan hanya sedar apabila tubuh diserang penyakit.
Namun, ketika mulai sedar mengenai kepentingan kesihatan, ia mungkin sudah terlewat. Mungkin anda ada wang untuk mendapatkan doktor atau hospital terbaik merawat penyakit anda, tetapi adakah anda pasti ia berjaya?
Bayangkan ketika itu anda terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan kesukaran untuk bergerak ke sana sini dan hanya bergantung kepada bantuan orang lain.
Lantas, apa yang boleh anda lakukan ialah berbaring di katil atau menunggu masa untuk 'menutup mata'.
Tubuh dapat mengelak serangan penyakit jika mempunyai daya tahan yang kuat. Ini dapat dilakukan jika anda melakukan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan berzat dan melakukan senaman.
Kebanyakan kita tidak peka dengan pemakanan kerana kemewahan dan nafsu. Justeru, kita mengambil apa sahaja untuk dimakan dan akhirnya toksik yang aktif hidup bertahun-tahun menyebabkan tubuh diserang penyakit.
Alangkah bahagia jika kita dianugerahkan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Tetapi, itu hanya dapat dikecapi jika kita mengambil langkah mencegah sebelum terlambat.
Laporan Kementerian Kesihatan menunjukkan peratus rakyat negara ini menghidap penyakit jantung, kencing manis dan kolesterol meningkat setiap tahun. Ia berpunca daripada mengambil makanan tidak berkhasiat, berlebihan dan tidak bersenam.
Selain itu, pencernaan tidak lancar menyebabkan hati gagal berfungsi dengan berkesan untuk menapis dan menyaring bahan makanan bagi pembentukan sel baru.
Jantung juga tidak dapat menyalurkan darah untuk membawa oksigen dan zat ke seluruh anggota tubuh kerana disaluti lemak.
Gula berlebihan bertukar menjadi lemak dan meracuni sel tubuh badan manakala lemak yang berselaput menyebabkan kerosakan buah pinggang dan akhirnya mengundang maut.
Pemakanan yang salah juga menimbulkan sakit sendi menyebabkan ia bengkak kerana lapisan toksik yang tidak dapat dicerna.
Justeru, untuk sihat sejahtera, anda yang menentukan. Tubuh tidak memerlukan penjagaan yang rumit melainkan bersenam dan menjaga pemakanan. Darah perlu bersih dan lancar untuk proses pemulihan sel rosak, melahirkan sel baru untuk tubuh.
Hormon pula perlu distabilkan bagi membolehkan jantung berfungsi dengan optimum tanpa lapisan lemak dan gangguan melemahkan degupannya.
BIOS 9000 dapat membantu mencapai misi ini, sama ada sebagai pencegahan atau memudahkan proses di atas.
Sayangkan kehidupan ini, tubuh, keluarga dan rakan-rakan anda. Elak sebelum terlambat.
Nikmat Sihat
Entri Lain
Permalink: Nikmat Sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment