Bilionair China meningkat 130 orang

Wednesday, October 14, 2009

Bilionair China meningkat 130 orang

BEIJING 13 Okt. - Golongan jutawan China telah kembali pulih daripada krisis kewangan dengan satu 'kebangkitan' dengan melahirkan lebih ramai bilionair berbanding negara lain, kecuali Amerika Syarikat (AS).

Menurut majalah tahunan Hurun Report, China sekarang mempunyai 130 bilionair berbanding 101 orang pada tahun lalu.

Sementara majalah Forbes meletakkan bilangan jutawan AS seramai 359 orang, manakala Rusia dan India masing-masing mempunyai 32 dan 24 jutawan.

Golongan berada di China terus menambah kekayaan mereka dengan purata aset berjumlah AS$571 juta (RM1.9 bilion), peningkatan hampir satu pertiga dari tahun lalu.

"Ia adalah kekalahan bagi Barat daripada sudut kekayaan sejak 70 tahun lalu. Kita telah melihat China menguasai trend dan kemewahan terus berkembang.

"Mereka telah meletakkan krisis ekonomi di belakang mereka. Kunci utamanya yang memaju adalah perbandaran. Anda mempunyai bandar besar untuk dibina dan ia memerlukan pemaju hartanah, besi dan keluli. Perkara terbaru adalah kereta," kata pengumpul data, Rupert Hoogewerf.

Individu yang berada di tangga teratas adalah Wang Chuanfu, pengerusi syarikat pengeluar kereta elektrik dan bateri, BYD Co. Ltd. yang mana jutawan AS, Warren Buffett mempunyai pegangan saham di dalamnya, dengan aset setinggi AS$5.1 bilion (RM3.4 bilion).

Chuanfu adalah jutawan yang terpantas sekali mendaki kekayaan berbanding tahun lalu, melompat 102 anak tangga.

Berada di tempat kedua adalah Zhang Yin dan keluarga, pemilik kitar semula kertas, Nine Dragons Paper, sementara tangga ketiga diduduki Xu Rongmao dan keluarga, pemilik syarikat Shimao Property Holdings Ltd.

Hoogewert berkata, bilangan sebenar bilionair China mungkin lebih tinggi dari yang dianggarkan. - REUTERS

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI