Seorang ahli seni, Sara Burden memutuskan untuk menjual 40,000 barang miliknya pada harga cuma £1 (RM5.50) setiap satu, lapor sebuah akhbar semalam.
Barangan seperti beberapa lukisan berharga, barang kemas neneknya dan sebuah kereta milik Sara hasil kemenangannya akan dijual melalui projek yang dinamakan Everything And Nothing.
Sara yang memiliki seorang anak lelaki berusia empat tahun berkata, dia berbuat demikian bagi tujuan seni iaitu untuk merasai pengalaman kehilangan harta benda.
"Saya perlu terus menjadi kreatif. Saya melakukan projek ini bukan kerana wang. Jika sebaliknya, saya tentunya meletakkan harga tinggi ke atas semua barangan itu," katanya.
Pembeli berpotensi boleh mendaftar dengan melayari laman web Sara iaitu www.crazyartlady.com. Projek itu akan berakhir pada 31 Disember depan. - Agensi
5 Oktober 2009
www.crazyartlady.com
Entri Lain
- Villa Nabila tersenarai lokasi berhantu dalam Expedia
- Remaja lesap di Villa Nabila
- Misteri Rumah Banglo Seksyen 2
- Hantu Lif Dirakam Imej Oleh Jururawat
- Keluarga Albino terbesar India mahu dicatat Rekod Dunia Guinness
- Kisah Misteri: Gerai Bukit Lenggok
- Hantu Kak Limah muncul di Marang?
- Gurun Gobi ada imej misteri
- Kisah misteri kewujudan Batu Rasak
- Petanda Gempa Bumi
Permalink: www.crazyartlady.com
Categories Misteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment