Ariel, Luna boleh dikena hukum berat

Saturday, August 14, 2010

Penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel dan kekasihnya, Luna Maya boleh dikenakan hukuman lebih berat berikutan tindakan mereka yang masih belum mengaku terlibat dalam skandal video seks, yang menggemparkan Indonesia.



Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto berkata, kedegilan kedua-dua selebriti itu untuk mengakui penglibatan mereka akan menjadi pertimbangan penting bagi panel hakim dalam menentukan keputusan.

“Sekiranya suspek enggan mengakui kesalahan, mereka biasanya akan dijatuhi hukuman lebih berat,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Jakarta, di sini hari ini.

Sehingga kini, Ariel dan Luna masih mengunci mulut dan berulang kali menafikan bahawa mereka bukan individu di dalam video seks terbabit, yang tersebar di Internet sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek kes, Cut Tari yang juga bekas kekasih Ariel, bulan lalu mengakui dia adalah wanita di dalam video seks itu bersama Ariel, kenyataan yang turut disangkal bintang pop itu.

Marwoto dalam pada itu berkata, pihaknya tidak akan bertindak keras terhadap Ariel dan Luna untuk mendapatkan pengakuan daripada dua selebriti tersebut.

“Mereka masih tidak mengakuinya, jadi biarkan saja,” ujarnya. – Agensi

Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI