(Gambar) Tragedi Ribut Pasar Ramadan, Stadium Jasin

Saturday, August 14, 2010

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.

Abdul mati di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.

Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut mati di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.

Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera.

tragedi pasar ramadan jasin
Salah seorang peniaga mengutip barang-barang yang berharga di gerainya di Bazaar Ramadan Stadium Jasin yang berselerak selepas dipukul ribut mengakibatkan dua peniaga maut dan beberapa lagi cedera di Jasin, Melaka, 13 Ogos. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

Tragedi pasar ramadan




Antara mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas tempat mereka berniaga di Bazaar Ramadan Stadium Jasin dipukul ribut mengakibatkan dua peniaga maut dan beberapa lagi cedera di Jasin, Melaka, 13 Ogos. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI