Ellen DeGeneres juri keempat American IdolPelawak dan hos sebuah rancangan bual bicara Amerika Syarikat (AS), Ellen DeGeneres dinamakan sebagai juri keempat program realiti pencarian bintang, American Idol semalam bagi menggantikan Paula Abdul. Abdul meninggalkan program televisyen yang paling banyak ditonton di AS itu pada bulan lepas setelah tidak mencapai persetujuan berhubung isu gaji.
Para penerbit American Idol dan stesen televisyen Fox terpaksa mencari juri baru bagi menggantikan tempat Abdul sebelum musim ketujuh program tersebut kembali menemui penonton pada Januari 2010.
"Sebagai juri baru, DeGeneres akan menawarkan perspektifnya kepada para peserta sepanjang pertandingan pencarian bintang itu," kata kenyataan Fox.
DeGeneres, iaitu hos program televisyen The Ellen DeGeneres Show yang memasuki musim ketujuh tahun ini berkata, dia ialah peminat setia American Idol.
"Justeru, tugas ini merupakan impian saya, tambahan pula, saya dapat menjimatkan banyak wang kerana tidak perlu mengundi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti orang lain" katanya.
American Idol merupakan anak emas Fox dengan purata 26.3 juta penonton bagi setiap episod manakala nilai program itu mencecah lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) di mana ia ditayangkan di lebih 100 buah negara. - Reuters
Ellen DeGeneres juri keempat American Idol
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Ellen DeGeneres juri keempat American Idol
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment