Jenazah Mariam Johari selamat dikebumi

Thursday, September 17, 2009

Mariam Johari, wanita yang meninggal dunia di Korea Selatan selepas terkandas di negara itu selama 64 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, di sini, petang ini.

Jenazah warga emas berusia 88 tahun itu dikebumikan kira-kira pukul 6 petang dengan dihadiri kira-kira 50 orang termasuk anaknya, Ramlah Sonni, 72; Jelani, 70 dan adik bongsu Mariam, Iash Johari, 76.

Terdahulu hujan lebat mengiringi ketibaan jenazah Mariam di Hospital Kota Tinggi kira-kira pukul 3.40 petang untuk dimandi dan dikafan sebelum disembahyangkan di Masjid Jamek Kota Tinggi kira-kira pukul 5.15 petang.

Mariam menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah rumah kebajikan di Korea Selatan pada 5 Sept. lepas akibat kegagalan fungsi ginjal dan buah pinggang. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI