Assalamualaikum,
Sori la mencelah skit kat blog ni.
Sekarang ni dah nak dekat raya. Haniey ingin mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran kat semua pengunjung blog Lirikami - http://lirikami.blogspot.com/
Tak sangka blog ni masih hidup lagi sampai hari nie. Huhuhhu... Terima kasih la pada mereka-mereka yang sudi tolong apdet masa haniey kebizian yang melampau.
Banyak perkara berlaku dalam bulan yg mulia ini. Dan banyak juga pengorbanan yg perlu dilakukan. Kadang2 rasa sedih, tetapi mengenangkan bulan penuh rahmat, haniey senyumlah, lupakan saja...betul tak? Hah, dah boleh buat lirik lagu...
Senyumlah
Lupakan saja segala derita
Pasti esok ada cahaya
Jangan dibuai rasa duka
Kita manusia hanya merencana
Oklahh, walaupun dah dekat nak raya, jangan lupa kita masih ada malam2 terakhir Ramadan saat ini. Kejarlah ia kerana bulan rahmat ini hanya datang sekali setahun dan kita tidak tahu andai kita dapat bertemu Ramadan lagi atau andai ini Ramadan terakhir buat kita..
Selamat beribadah kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam...
Salam,
Haniey
Tak malu betul Haniey ni. Nak menyelit pulak.....
Entri Lain
Permalink: Tak malu betul Haniey ni. Nak menyelit pulak.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment