Warga Jerman mahu Tembok Berlin dibina semula

Saturday, September 26, 2009

Kajian mendapati, seorang daripada setiap tujuh warga Jerman berharap Tembok Berlin dibangunkan semula untuk memisahkan Jerman kepada dua bahagian.

Menurut pungutan pendapat disiarkan media semalam, 1,002 warga Jerman mengambil bahagian dan 15 peratus daripada mereka mengimpikan Jerman yang dibahagi dua.

Kira-kira 16 peratus daripada mereka berasal dari Jerman Barat, manakala 10 peratus dari Jerman Timur.

Kaji selidik itu disiarkan menjelang ulang tahun ke-20 runtuhnya Tembok Berlin pada 9 November 1989.

Responden menyatakan, kebanyakan penduduk bosan dengan cukai lebih tinggi terpaksa dibayar untuk membantu Jerman Timur.

Sejak 20 tahun lalu, RM6.1 trilion dana dipindahkan ke bekas negara komunis itu untuk membangunkannya.

Bekas penduduk Jerman Timur pula kecewa tahap pendapatan mereka hanya 80 peratus berbanding diperoleh wilayah Jerman Barat disebabkan masalah pengangguran. - Reuters

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI