Suami terlampau

Tuesday, September 29, 2009

“Saya sedih dan kecewa kerana kes ini tidak dilayan walaupun pelbagai bukti kekejaman suami diserah kepada Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, termasuk laporan polis bagi menyokong tuntutan fasakh.

“Selain dipukul dan diperlakukan sesuka hati oleh suami, saya ada membuat aduan polis mengenai tindakan anak tiri saya berusia belasan tahun menodai saya, tetapi semua itu tidak dilayan,” keluh seorang wanita berusia 47 tahun yang mendakwa didera suami.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sapiah meluahkan kekecewaannya kerana mengalami penderitaan dan penderaan mental serta fizikal sejak berkahwin dengan suaminya enam tahun lalu.

Mengimbas perkahwinan itu, Sapiah mendakwa, dia dipaksa berkahwin apabila sering diancam termasuk diugut dengan senapang patah oleh lelaki berkenaan.

“Kami berkenalan ketika sama-sama bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

“Saya bertugas di bahagian kerani operasi yang antara lain ditugaskan membuat pengesahan keluar masuk senjata api, manakala dia berjawatan pegawai operasi keselamatan.

“Dia memang kerap cuba memikat tapi saya tidak layan. Sehinggalah ke satu tahap dia mengacu senapang patah sambil mengugut akan membunuh saya jika tidak berkahwin dengannya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini.

Akibatnya, Sapiah berkata, dia akhirnya akur dengan desakan itu dan berkahwin dengan lelaki terbabit yang juga duda beranak dua.

Selepas berkahwin, katanya mereka berpindah ke Melaka berikutan suaminya memberi alasan mahu bekerja berhampiran dengan kampung halamannya.

“Ketika di rumah itu, barulah saya tahu segala perlakuan suami. Dia terlampau banyak menonton cakera padat video (VCD) lucah, malah telefon bimbitnya juga mengandungi lebih 500 gambar dan rakaman porno.

“Apa yang mengejutkan ialah suami juga mengetahui anaknya turut mempunyai kegemaran menonton VCD lucah, tapi dia langsung tak marah atau melarang.

“Suami juga mempunyai nafsu terlampau tinggi... setiap hari secara purata dia menginginkan persetubuhan sebanyak 10 kali,” katanya.

Sapiah berkata, kesabarannya sampai ke kemuncak apabila pada satu malam, dia yang sedang lena, terkejut apabila dicium beberapa kali.

“Saya ingatkan suami kerana dia berada di sebelah ketika saya mahu terlelap sebelum itu. Tapi saya curiga kerana bau badan berlainan dan apabila membuka mata, saya terkejut sebaik mendapati ia sebenarnya anak tiri saya.

“Ketika itu suami saya berada di sebelah dan hanya melihat saja perlakuan jijik anaknya terhadap saya,” katanya yang kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sejak itu, Sapiah berkata, dia membuat tuntutan fasakh tiga kali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Bagaimanapun, katanya jawapan sedih diterima kerana mahkamah menolak permohonannya.

“Saya merayu untuk mendapat pembelaan. Hakim beberapa kali menegur kerana tiada peguam hadir bagi pihak saya.

“(Tetapi) Mana ada duit untuk mengupah peguam. Saya cuba dapat bantuan di Biro Bantuan Guaman Selangor, namun sering kali hanya mampu mendengar alasan mereka tidak cukup kakitangan bahagian syariah dan tak ramai peguam syarie yang ada,” katanya.

Sapiah berkata, dia kini bertambah runsing apabila setiap hari diganggu dengan SMS dihantar suaminya yang antara lain berbunyi: “I (saya) solat hajat, wahai Tuhan kami, Engkau sentaplah nyawa isteriku xxxxxxx xx xxxxx sebagai pengajaran.”

Sapiah berkata, dia dan suaminya tidak tinggal serumah sejak 2006 dan mendakwa tidak diberi nafkah sejak tinggal berasingan.

Oleh Amir Abd Hamid

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI