Agama Siti Aishah adalah antara dia dan Allah

Sunday, December 01, 2013

Agama Siti Aishah Abdul Wahab adalah antara Allah dan dia.

Itu antara luahan hati Kamarmahtum Abdul Wahab, kakak kepada rakyat Malaysia yang dilaporkan dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di London.

Kamarmahtum mengulas demikian selepas ditanya tentang status agama adiknya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari London awal hari ini.

"Agamanya di antara dia dengan Allah saya tak tahu, di antara dia dan saya, saya tahu," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas berjumpa dengan adiknya di London.

Beliau juga berkata adiknya sihat di London.

"Dia sangat sihat di sana, saya ikuti perkembangannya di suratkhabar. Laporan seolah-olah dia sakit. Pakai kerusi roda. Tapi tidak. Dia lagi gemuk dari saya," katanya.

Kamarmahtum juga menafikan bahawa adiknya dijadikan hamba di London seperti yang dilaporkan di pelbagai media.

"Dia tidak pernah menjadi hamba," katanya sambil menambah pertemuan selama satu setengah jam itu dipenuhi pelukan, pertengkaran dan tangisan.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI