Presiden Amerika Syarikat tak dibenarkan guna Iphone

Thursday, December 05, 2013

Presiden Amerika Syarikat akui bahawa beliau tidak dibenarkan mengguna iPhone atas dasar keselamatan.  Oleh kerana itu beliau sering kelihatan dengan Blackberry.

“Atas sebab-sebab keselamatan, saya tidak dibenarkan mengguna iPhone,” kata Obama kepada sekumpulan anak-anak muda dalam saya upacara untuk mempromosikan  pelan kesihatan beliau.

Tambah beliau, anak-anak perempuan beliau Sasha dan Malia banyak menghabiskan masa bersama telefon iPhone mereka.

Blackberry terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh - salah satu sebab mengapa ia masih popular di Washington, walaupun peranti itu  kehilangan bahagian pasarannya kepada telefon pintar yang lain termasuk produk keluaran Apple.

Isu ciri-ciri keselamatan yang ada pada Blackberry milik Obama dibangkitkan setelah Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) membuat intipan ke atas canselor Jerman Angela Merkel.

Setelah beberapa hari mengangkat sumpah sebagai Presiden, Obama berjaya untuk meyimpan telefon itu daripada kumpulan Perkhidmatan Rahsia, walaupun kebimbangan ada dari segi risiko Blackberry beliau akan digodam, akan mendedahkan lokasi beliau dan apa yang ditulis beliau boleh disiasat oleh kongres.

Beliau sering dilihat membaca pesanannya di dalam limosin.

Presiden itu sering meluahkan kekecewaan beliau tentang kawalan di White House yang boleh menyebabkan kesukaran untuk berhubung dengan orang ramai atau mendapatkan maklumat luar yang tidak ditapis oleh pembantu-pembantu beliau atau pihak media. Pembantu beliau berkata penggunaan Blackberry adalah cara untuk beliau keluar dari pengurungan itu.

White House berkata alamat emel peribadi Presiden terhad kepada pegawai-pegawai kanan dan rakan-rakan peribadi, tetapi tidak mendedahkan penyulitan peranti yang digunakan untuk mengawal keselataman komunikasi Obama.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI