Tun Mahathir lepaskan jawatan penasihat Petronas

Monday, December 02, 2013

Bekas Pedana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat Petronas berkuatkuasa semalam.

Menurut laporan The New Straits Times, Dr Mahathir, 88, berkata dia melepaskan jawatan itu atas alasan menjaga kesihatannya.

“Saya telah menjadi penasihat Petronas selama hampir 10 tahun.

“Kini saya 10 tahun lagi tua daripada hari saya dilantik (ke jawatan itu).

"Doktor saya menasihati saya supaya tidak membuat perjalanan ke sana sini kerana saya sudah tua. Saya semakin tua dan saya ingin meletak jawatan sebab itu,” beliau dipetik berkata kepada suratkhabar itu.

Dr Mahathir berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau akan terus memegang jawatan sebagai penasihat Proton Holdings Berhad dan Lembaga Pembangunan Langkawi.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI