Bantuan khas RM500: Hanya borang LHDN diperakui

Friday, November 18, 2011

Rakyat diingatkan bahawa hanya borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diperakui bagi tujuan mendapatkan bantuan khas sebanyak RM500 yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, borang permohonan itu bagaimanapun masih dalam proses untuk diedarkan oleh LHDN dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam waktu terdekat.

Beliau sehubungan itu menasihatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu mengedarkan borang permohonan didakwa bagi mendapatkan bantuan tersebut.

"Saya difahamkan sudah ada borang-borang yang berkaitan permohonan itu diedarkan oleh pihak tertentu dan setahu saya borang rasmi akan diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHND) paling awal pada 1 Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok dalam taklimat pembangunan pendidikan dan prestasi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pejabat UMNO Bahagian Bachok di sini, hari ini. - Utusan

1 Komen:

Best Leadership Group In Networking on 19 November 2011 at 22:13 said...

saya ingin membuat permohonan?
blh dowload borang di mana ye??

Post a Comment

 

ZONFINITI