Dewan Rakyat lulus usul pemansuhan 3 Proklamasi Darurat

Friday, November 25, 2011

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Usul itu diluluskan pada 4 petang apabila bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyaksikan lebih suara menyokong.

Pada sesi persidangan pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang usul supaya tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud.

Ketika membahas usul itu, anggota-anggota Dewan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim rata-ratanya menyokong pemansuhan proklamasi itu. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI