Gurun Gobi ada imej misteri

Thursday, November 17, 2011

Satelit Google Maps telah mengesan struktur ganjil semasa memantau gurun Gobi di China, menggemparkan pengguna Internet dengan kemungkinan ia digunakan untuk tujuan jahat.

Pelbagai teori mengenai tujuan pembinaan bangunan struktur tersebut turut tersebar di Internet termasuk sasaran untuk satelit tentera.


Lebih menjadi misteri, struktur tersebut berada di sempadan wilayah Gansu dan Xinjiang, kawasan yang digunakan oleh China untuk peralatan tentera, nuklear dan angkasa lepas.

Ia juga terletak kira-kira 160 kilometer dari Jiuquan di mana ibu pejabat program angkasa lepas China dan tempat pelancaran kapal angkasa lepas.

Beberapa pengguna Internet cuba membandingkan satu daripada struktur tersebut dengan beberapa peta bandar Amerika Syarikat (AS) ekoran kebimbangan ia mungkin digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Namun, beberapa pengguna Internet lain menyatakan jika China ingin menyerang bandar AS, negara ini tidak perlu peta untuk latihan di gurun berkenaan.

Apa yang menjadikan struktur itu lebih misteri, ia sukar untuk memastikan sama ada struktur tersebut dilukis atau dibina di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, jika imej itu dibesarkan, kapal terbang dan trak terbakar dapat dilihat yang memberi petunjuk struktur tersebut adalah sasaran untuk tujuan tertentu.

Penerbitan imej mengenai kemungkinan kemudahan rahsia itu merupakan kali kedua oleh Google Map dalam beberapa hari ini.

Enjin pencari itu pada minggu lepas menyiarkan beberapa kemudahan di Iran yang didakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), digunakan untuk membina senjata nuklear. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI