Karnival Warisan Makanan Penjaja 1Malaysia: Jalan Masjid India, Jalan Bunus ditutup

Thursday, November 10, 2011

Jalan Bunus dan Jalan Masjid India akan ditutup kepada semua lalu lintas pada Sabtu ini sempena Karnival Warisan Makanan Penjaja 1Malaysia.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa dalam satu kenyataan berkata, Jalan Bunus akan ditutup Sabtu mulai pukul 12.01 pagi hingga 11.30 malam, manakala Jalan Masjid India ditutup bermula 2 petang hingga 11.30 malam pada hari yang sama.

Beliau berkata, karnival itu yang membabitkan 150 gerai penjaja dari seluruh negara bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI