Cabaran Juara-Juara 1: Skuad hoki Malaysia tewas 2-5 kepada Argentina

Tuesday, November 29, 2011

Skuad hoki negara terus mempamer aksi hambar apabila gagal mendapatkan kemenangan ketika menentang Argentina dalam Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan semalam yang berkesudahan Malaysia tewas 2-5.

Kini Argentina berada di tangga teratas Kumpulan B dengan tujuh mata kedua Jepun dengan lima mata diikuti Kanada dengan tiga mata di atas skuad kebangsaan yang hanya memperoleh satu mata.

Gagal mendapatkan kemenangan bererti laluan sukar menanti skuad bimbingan Tai Beng Hai yang bakal menentang juara Kumpulan A antara Belanda atau India. - Utusan.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI